Antarabangsa

Nuno kecewa kekalahan tipis di tempat lawan


Nuno optimis skuadnya mampu ke pusingan seterusnya memandangkan masih memiliki dua perlawanan ditempat sendiri.

PENGURUS Tottenham Hotspur, Nuno Espirito Santo ternyata kecewa dengan kekalahan tipis 0-1 skuad bimbingannya ketika berdepan Vitesse dalam saingan Kumpulan G Liga Europa ditempat lawan awal pagi tadi.

Tegasnya, dia mengakui ini adalah perlawanan yang sukar bagi pasukannya selain kegagalan pasukannya memberikan saingan yang cukup baik.

“Itu adalah permainan yang sukar melawan pasukan yang bagus. Ada beberapa saat di mana kami melakukannya dengan baik tetapi kami mengetahui beberapa perincian.

“Dalam serangan, kita boleh melakukan lebih banyak dan seharusnya kita selesai dengan jaringan ,” kata Nuno, yang dipetik dari laman web rasmi UEFA.

Walaupun tewas, pengendali kelahiran Portugal ini optimis skuadnya mampu melangkah ke pusingan seterusnya memandangkan memiliki dua perlawanan ditempat sendiri selepas ini.

“Saingan Liga Europa sememangnya sengit dan kami selalu mengalami saat-saat sukar. Kami mempunyai dua perlawanan di tempat sendiri yang saya yakin dapat membantu kami layak dari kumpulan,” ujarnya.

Walaupun Spurs dilihat mendominasi perlawanan namun kegagalan jentera serangan meletakkan bola dalam gawang lawan memastikan gol tuan rumah yang dijaringkan Maximilian Wittek lahir pada minit ke-78 kekal sehingga tamat perlawanan.

Kekalahan ini meletakkan Spurs berada ditangga ketiga dalam Kumpulan G dua mata dibelakang Vitesse dan tiga mata dibelakang peneraju kumpulan iaitu Stade Rennais.

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: