Bola Sepak

Formula Satu umum jadual perlumbaan musim 2022


FORMULA  Satu (F1) mengumumkan kalendar bagi musim 2022 dengan rekod 23 Grand Prix bakal berlangsung selepas disahkan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).

Musim baharu bakal menyaksikan permulaan di Bahrain pada 20 Mac dan berakhir di Abu Dhabi pada 20 November dengan Miami bakal menganjurkan perlumbaan pertama dari dua perlumbaan di Amerika Syarikat.

Ekoran daripada keadaan pandemik Covid-19 di China, sekali lagi perlumbaan di Shanghai tidak dimasukkan dalam kalender 2022, namun dijangka akan kembali se keadaan membenarkan.

 

Grand Prix Australia, Kanada, Jepun dan Singapura kembali ke dalam kalendar selepas dua tahun dibatalkan akibat kekangan perjalanan ekoran penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia.

Grand Prix Miami yang bakal dilangsungkan di perkarangan Hard Rock Hotel Miami pastinya akan membawa lembaran baharu dalam perlumbaan Formula Satu.

Musim 2021 yang berbaki enam perlumbaan kini memasuki fasa mendebarkan dengan perseteruan dua pemandu, Lewis Hamilton dan Max Verstappen yang hanya dipisahkan enam mata memihak Verstappen.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: