Hoki

Skuad projek khas lelaki kebangsaan bangkit ikat kedudukan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

SKUAD Projek Khas Lelaki Kebangsaan bangkit dari ketinggalan untuk menyamakan kedudukan bagi memastikan keputusan seri 1-1- pada aksi Siri Jelajah United Kingdom 2021 menentang Scotland B-23 di Clydesdale Hockey and Cricket Club awal pagi tadi.

Ketinggalan pada minit ke-10 menerusi jaringan pukulan sepakan penalti pihak lawan anak didik Wallace Tan bangkit menyamakan kedudukan menerusi gerakan padang oleh Mohamad Akhimullah Anuar Esook pada minit ke-59.

Bagi Ketua Jurulatih Skuad Projek Khas Lelaki Kebangsaan, Wallace Tan semangat tidak putus asa yang ditunjukkan oleh anak-anak buahnya dalam mencari gol penyamaan perlawanan sehingga minit-minit terakhir perlawanan seharusnya mendapat pujian.

“Dalam perlawanan hari ini kami bermain dengan baik juga walaupun kami terlebih dahulu ketinggalan 0-1.

“Sehingga minit terakhir, pemain masih terus berjuang dan mereka dapat menyamakan kedudukan 1-1.

“Ini satu pembelajaran yang cukup baik untuk pasukan kami pada malam ini,” jelasnya.

Perlawanan tersebut turut disaksikan Presiden Hoki Scotland, Colin Fraser bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Barry Cawte.

Skuad Projek Khas Lelaki Kebangsaan akan melengkapkan aksi terakhir yang merupakan perlawanan kelapan mereka di Siri Jelajah United Kingdom pada 16 Oktober (Sabtu) jam 1.30 pagi waktu Malaysia bertemu Skuad B-23 Scotland sekali lagi di Clydesdale Hockey and Cricket Club.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: