Hoki Semasa

Ayah pemain hoki projek khas meninggal dunia

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

KONFEDERASI Hoki Malaysia (KHM) mengucapkan salam takziah buat pemain hoki skuad projek khas lelaki kebangsaan, Muhammad Arif Shafie Ishak diatas kehilangan ayahanda tercinta Ishak Mat Resad.

Arwah berusia 62 tahun menghembuskan nafas terakhi dirumahnya di Pekan Pahang.

“Presiden, Ahli Lembaga Eksekutif & staf KHM ingin menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah kepada pemain Hoki Skuad Projek Khas Lelaki Kebangsaan, Muhammad Arif Shafie Ishak yang kehilangan Ayahanda tercinta Allahyarham En. Ishak Mat Resad, di rumahnya di Pekan Pahang.

“Allahyarham Ayahanda Arif Shafie menghembuskan nafas terakhir pada usia 62 tahun.
“Kami mendoakan semoga Arif Shafie yang kini berada di United Kingdom serta keluarga di Malaysia tabah menghadapi dugaan kehilangan insan,” jelasnya KHM menerusi laman FB rasmi, sebentar tadi.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: