Hoki

Malaysian Tigers kini di ranking Ke-10 dunia!

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Skuad hoki senior negara kini mengharungi perlawanan ujian dan persahabatan di Wales. Foto: MHC

RANKING pasukan hoki senior lelaki negara kini naik satu anak tangga untuk berada di tempat ke-10 terbaik dunia.

Kedudukan ranking terbaharu ini dikeluarkan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) di laman rasminya pada Rabu.

Sepanjang bulan ini, skuad hoki kebangsaan yang dibimbing A. Arul Selvaraj menyaksikan tiga kali perubahan kedudukan bermula 5 Oktober lalu apabila jatuh dari kedudukan ke-11 kepada ranking ke-12 dunia.

Namun pada, 6 Oktober lalu, kedudukan itu kembali naik di tangga ke-11 selepas menang dalam aksi persahabatan antarabangsa menentang Ireland.

Bagaimanapun kemenangan 3-1 ke atas Wales awal pagi ini menyaksikan perubahan kedudukan sekali lagi apabila Malaysian Tigers kini berada dalam ranking ke-10 terbaik dunia.

 

Skuad negara kini yang kini dalam Siri Jelajah United Kingdom 2021 mengharungi empat perlawanan ujian dan enam perlawanan persahabatan.

Aksi seterusnya skuad negara bakal menentang Perancis yang kini berada di ranking ke-13 dunia pada 15 Oktober ini di Wales Hockey Centre.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: