EPL

Newcastle Utd intai Coutinho dan Mbappe

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Bekas pemain Liverpool yang kini bersama Barcelona, Philippe Coutinho antara sasaran utama Newcastle United.

SELEPAS dimiliki konsortium Arab Saudi, Public Investment Fund (PIF), yang kini menguasai 80 peratus saham kelab, Newcastle United dikhabarkan memburu beberapa pemain ternama bagi memperkuatkan pasukan mengharungi saingan Liga Perdana Inggeris 2021/22.

Kekayaan aset PIF yang mencecah 320 bilion pound, menjadikan Newcastle sebagai ‘New Rich Man’ di Liga Perdana malah mereka segera menyatakan akan berjaya dalam 10 tahun akan datang.

Empat pemain Manchester United kini dalam perhatian untuk dibawa masuk ke St. James Park antaranya Jesse Lingard, Donny van de Beek, Anthony Martial, dan Eric Bailly dimana kesemua pemain ini berjuang mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama Man United.

Selain pemain Manchester United, Newcastle United juga pernah dikaitkan dengan pemain dari kelab lain iaitu Philippe Coutinho dari Barcelona dan  penyerang Paris Saint-Germain,  Kylian Mbappe.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: