
PERTEMBUNGAN Newcastle United menentang Tottenham Hotspur dalam saingan Liga Perdana Inggeris 2021/22 hujung minggu ini dikhabarkan bakal menjadi penampilan terakhir buat Steve Bruce selaku pengurus pasukan.
Ini berikutan khabar angin mengatakan Bruce akan melepaskan jawatannya setelah mengadakan pertemuan dengan pengarah Newcastle yang baru, Amanda Staveley.
Sementara mencari pengganti baharu, Graeme Jones, yang merupakan pembantu Bruce, akan menggalas tanggungjawab sementara.
Masa depan Bruce di Newcastle samar setelah pemerolehan Newcastle Dana Pelaburan Awam Arab Saudi (PIF) diumumkan minggu lalu dengan cita-cita tinggi pemilik baru yang mahu Newcastle menguasai bola sepak Inggeris dan Eropah.
Berdasarkan rekod prestasi Bruce, dia bukanlah calon yang sesuai dan dianggap ‘tidak lulus pemilihan’ bagi menjayakan perancangan PIF.





Add Comment