EPL

United sedia naikkan gaji kapten Maguire RM1.7 juta seminggu

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Maguire bergelar pemain pertahanan termahal dunia.

MANCHESTER United bakal menawarkan kontrak baharu kepada Harry Maguire.

United dilaporkan mahu memberi ganjaran kepada kapten kelabnya itu berikutan menjadi ‘kunci’ utama pemain dalam skuad Ole Gunnar Solskjaer.

Maguire kini menerima gaji 189,000 paun seminggu dengan kontrak sehingga 2025.

Namun dengan prestasi cemerlangnya di Old Trafford, United dikatakan bersedia untuk menaikkan gaji pemain ini sebanyak 300,000 paun (RM1.7 juta) seminggu.

United berhasrat mengikat Maguire dengan perjanjian baru lima tahun dan telah memberi bayangan awal kepada pemain pertahanan itu ketika mereka ingin memulakan rundingan awal.

Pemain itu telah membuat 114 penampilan untuk United sejak dia berpindah dari Leicester 2019 dengan nilai 80 juta paun sekaligus menjadikannya pemain pertahanan termahal dunia.

Maguire juga memiliki banyak pengalaman di peringkat antarabangsa selepas merakam 39 kap bersama England.

Maguire yang kini mengalami kecederaan buku lali berharap dapat kembali pulih dan bertekad untuk memulakan tugasnya bergandingan dengan Raphael Varane di barisan pertahanan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: