SEORANG pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) ditahan berikutan laporan insiden serangan seksual di sebuah kelab di Brighton awal pagi Rabu.
Menurut laporan metro.co.uk , pemain Brighton & Hove Albion berusia 20-an, yang namanya tidak didedahkan kerana peraturan undang-undang antara salah seorang daripada dua yang ditahan.
Menurut kenyataan EPL: “Brighton & Hove Albion menyedari salah seorang pemainnya kini membantu polis dalam siasatan yang dilaporkan ke atasnya.
“Perkara itu tertakluk kepada proses undang-undang dan oleh itu kelab tidak dapat memberikan komen lebih lanjut buat masa ini.”
Sementara itu, satu kenyataan dari Polis Sussex mengesahkan: “Dua lelaki telah ditangkap selepas seorang wanita dilaporkan diserang secara seksual di sebuah tempat di Brighton, pada awal hari Rabu.
“Seorang lelaki berusia 40-an dan seorang lelaki berusia 20-an, kedua-duanya dari Brighton, ditangkap kerana disyaki melakukan serangan seksual dan masih dalam tahanan polis ketika ini.
“Mangsa kini mendapat sokongan pakar daripada pegawai.”
Add Comment