EPL

Man United berdepan detik sukar untuk bergelar juara – Ferdinand

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ferdinand melihat enam mata harus dimiliki pada aksi menentang Aston Villa dan Everton.

BEKAS pertahanan kental, Manchester United, Rio Ferdinand yakin The Red Devils bakal berdepan detik kesukaran merangkul gelaran juara Liga Perdana Inggeris musim ini ekoran gagal meraih mata penuh ketika berdepan pasukan yang berada diluar dikelompok enam teratas.

Jelasnya, Man United melepaskan mata apabila berdepan Aston Villa kemudian keciciran mata mata menentang Everton dengan meraih keputusan seri.

“Jika ingin memenangi liga pasukan-pasukan tersebut seharusnya tewas.

“Keputusan yang sama seperti musim lalu, anggota yang berbeza, tetapi hasil yang sama, ” ujar Ferdinand.

Man United memulakan Liga Perdana 2021/2022 dengan baik apabila menang empat dan seri satu dalam lima perlawanan pertama mereka.

Namun skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer itu mengalami kekalahan pertama di Liga Perdana musim ini di laman sendiri kepada Aston Villa pada minggu keenam dan sekali lagi gagal mendapatkan mata penuh apabila seri 1-1 dengan Everton pada hujung minggu lalu.

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: