EPL

Ranieri sah pengendali Watford baharu


Ranieri dilantik sebagai bos Watford baharu.

CLAUDIO Ranieri sah bergelar pengurus Watford yang baharu.

Ranieri,69, menggantikan Xisco Munoz yang dipecat Ahad lalu selepas tewas kepada Leeds 1-0.

Pengendali kelahiran Itali ini mengikat kontrak bersama Watford sehingga penghujung musim depan dan akan disertai Paolo Benetti, Carlo Cornacchia sebagai pembantu jurulatih serta Carlo Spignoli (jurulatih kecergasan) di Vicarage Road ini.

Pelantikan pengurus baharu Watford ini menyaksikan Ranieri menjadi juruatih ke-16 skuad The Hornets dalam tempoh 10 tahun.

Ranieri membawa Leicester City julang trofi Liga Perdana 2016.

Ranieri diberi tugas utama untuk memastikan Watford kekal berada dalam saingan Liga Perdana yang kini menyaksikan mereka di kedudukan ke-15.

Nama Ranieri popular dalam Liga Perdana selepas kemuncak membawa Leicester City menjulang trofi juara 2016.

Malah sebelum itu juga, dia merupakan pengurus Chelsea sebelum Jose Mourinho mengambil alih tempatnya pada tahun 2004, dan tiga bulan bersama Fulham sebelum dipecat pada Februari 2019.

Mei lalu, Ranieri Ranieri meninggalkan Sampdoria selepas dua tahun bersama kela]b di Serie A itu.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d