EPL

Diajak minum ‘wine’ oleh Ferguson… ini jawapan Khabib penuh makna


Khabib mengakui teruja dapat bertemu secara bersemuka dengan Ferguson.

KHABIB Nurmagomedov mendedahkan bagaimana dia menolak ajakan Sir Alex Ferguson yang memberi segelas minuman beralkohol ‘wine’ ketika bertemu di Old Trafford.

Bekas bintang UFC itu berada di Old Trafford ketika menyaksikan rakan baiknya, Cristiano Ronaldo beraksi menentang Everton Sabtu lalu.

Turut bersama Khabib ketika itu termasuk Usain Bolt dan Patrice Evra.

Khabib,33, dirakam berborak dengan Ferguson, Evra dan Bolt dalam bilik eksekutif penonton dan mendedahkan dia telah menolak ajakan bekas bos United itu dengan cara tersendiri.

Menurut Khabib kepada RT, dia perlu menjelaskan kepada Ferguson bahawa dia seorang muslim dan tidak pernah minum (alkohol).

“Terdapat dua perkara di sini; anda boleh terus beritahu kepadanya ‘tidak, tidak-saya seorang muslim, tidak pernah minum.

“Tetapi sebaliknya saya memberitahu kepadanya,“Ini tidak bagus kerana jika saya minum, saya boleh pukul anda semua. Ia bukan idea yang baik’,” ujar Khabib secara bergurau.

Khabib berada di Old Trafford melihat kawan baiknya, Ronaldo bermain.

“Patrice Evra dan Usain Bolt faham. Alex Ferguson bertanyakan kepada saya mengenai ‘wine’. Bagi dia, ianya bagus – saya tidak menilai pandangannya.

“Selepas itu, Ferguson faham kerana dia yakin saya tidak sepatutnya memukul semua orang, jadi dia kata “Ok, jangan minum.”

Khabib memuatnaik gambar bersama Ferguson di Instagramnya bersama kapsyen: ‘Satu perhargaaan dapat bercakap dengan legenda.’

Bekas pejuang MMA ini merupakan peminat Real Madrid, namun disebabkan persahabatannya dengan Ronaldo, dia tiba di Old Trafford.

Bintang Rusia ini mengakui dia dan Ronaldo hampir setiap hari meluangkan masa berborak bersama.

Khabib merupakan kawan baik kepada Ronaldo.

Malah telah juga mengetahui sebulan lebih awal mengenai Ronaldo akan kembali ke Old Trafford selepas 12 tahun.

“Sebulan lalu, Ronaldo memberitahu saya bahawa dia akan berpindah ke Manchester United. Saya jangkakan perjanjian ini akan berlaku, malah kelab ini lebih sesuai dengannya berbanding Juventus.

“Bagi saya transisi ini bukanlah mengejutkan,” jelasnya kepada New Knowledge Marathon di Moscow sebelum ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: