
PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola ternyata berang dengan keputusan pengadil perlawanan Paul Tierney yang enggan melayankan kad kuning kedua buat James Milner kerana mengasari Bernardo Silva.
Terdahulu pemain pertahanan tuan rumah ini telah dilayangkan kad kuning pada separuh masa pertama namun kekasaran pada babak kedua yang dilakukan Milner tidak mendapat perhatian Tierney.
“Pengadil mempunyai emosi dan dia (Tierney) tahu apabila dia melihat aksi yang sepatutnya mendapat kad kuning. Saya faham tekanan itu, keputusan perlu dibuat segera.
“Memang jelas, ketika permainan berbaki 25 minit dan kedudukan 1-1. Kini saya tenang sedikit kerana kami seri, tetapi jika kalah saya akan lebih marah.
“Jelas sekali. Ini adalah Anfield, ia seperti Old Trafford,” ujarnya.
Pada aksi menarik malam tadi khususnya pada babak kedua, tuan rumah terlebih dahulu didepan menerusi jaringan Sadio Mane pada minit ke- 59 sebelum Phil Foden menyamakan kedudukan selang 10 minit kemudian.
Liverpool sekali lagi mendahului pelawat menerusi gerakan solo Mohamad Salah pada minit ke-76 namun Kevin De Bruyne memastikan pelawat pulang dengan satu mata apabila rembatannya pada minit ke-81 menerjah gawang gol tuan rumah.
Add Comment