Hoki

Wallace bimbang ramai pemain alami kecederaan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Wallace bersama pemain-pemainnya. Foto: MHC

SKUAD Projek Khas Lelaki Kebangsaan menerima tamparan hebat apabila semakin ramai pemain dilaporkan mengalami kecederaa pada Siri Jelajah United Kingdom 2021 yang sedang berlangsung setakat ini.

Pengendalinya, Wallace Tan yang bimbang dengan situasi semasa itu berkata, dua lagi pemain mengalami kecederaan ketika pasukannya tewas 1-3 kepada Kelab Hampstead & Westminster pada aksi keempat siri jelajah berkenaan yang berlangsung di Kelab Paddington pada Khamis.

Wallace berkata, keadaan bertambah buruk pada separuh masa kedua perlawanan sehingga dia tidak dapat melakukan pertukaran pemain ekoran masalah kecederaan, seterusnya menjejaskan momentum anak buahnya dalam aksi berkenaan.

“Ini satu kerisauan bagi saya kerana ramai pemain yang mengalami kecederaan. Sebelum perlawanan ini, empat pemain tidak boleh bermain termasuk Mohamad Akhimullah Anuar Esook, Muhammad Saifuddin Azli, Muhammad Arif Shafie Ishak dan Muhammad Hafizi Zainuddin.

Selepas tamat perlawanan, seorang dua lagi pemain mengalami kecederaan ekoran permainan agresif dan ia merisaukan saya,” jelasnya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Bagaimanapun, Wallace berharap pemain yang terlibat dengan kecederaan akan pulih bagi membolehkan skuad remaja itu mempunyai jumlah pemain mencukupi untuk mengharungi aksi seterusnya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: