Bola Sepak

Menjelang aksi bertemu Uzbekistan, Cheng Hoe lebih fokus ‘teamwork’

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Skuad negara bakal bertemu Uzbekistan pada Sabtu. Foto: FAM

Oleh: SURYATI MOHD NOR

KETUA jurulatih bola sepak kebangsaan, Tan Cheng Hoe mengakui akan lebih memberi fokus kepada ‘teamwork’ menjelang perlawanan persahabatan antarabangsa kedua bertemu Uzbekistan di Amman, Jordan esok.

Selepas tewas 0-4 kepada Jordan dalam aksi persahabatan pertama Rabu lalu, Cheng Hoe mengakui banyak kesilapan mudah yang dilakukan pemain-pemainnya.

Bagaimanapun, jurulatih berusia 53 tahun ini yakin skuadnya sudah mempelajari sesuatu dan mengutip pengalaman dalam aksi tewas tersebut.

“Kita tahu Uzbekistan merupakan satu pasukan yang lebih baik daripada Jordan tetapi kita perlu perbaiki prestasi dari segi individual dan juga bermain sebagai satu pasukan. Apa juga sekali pun, kita perlu sekurang-kurangnya memberi tentangan yang terbaik berdepan Uzbekistan.

“Selalunya kesilapan individu menyebabkan kita dibolosi gol. Saya rasa pemain dah sedar dan belajar sesuatu kerana dari segi intensiti, bola sepak antarabangsa agak berlainan. Itu sebab apabila lawan menyerang, kita rasa tertekan dan mudah buat kesilapan.

“Ini adalah perlawanan ujian dan pendedahan dan perlu diberikan peluang kepada semua pemain di pentas antarabangsa.

Tan Cheng Hoe

“Untuk perlawanan esok (Sabtu), saya akan lebih fokus kepada pertahanan supaya tidak lagi dibolosi dengan gol-gol mudah. Teamwork yang terbaik untuk halang Uzbekistan daripada melakukan serangan.

“Dalam masa sama juga kita perlu menyerang untuk beri tekanan kepada lawan,” jelasnya pada sidang media secara atas talian pada Jumaat.

Dalam masa sama, Cheng Hoe mengakui kekurangan pengalaman beraksi di pentas antarabangsa antara punca dibolosi gol.

“Perlawanan ini sedikit sebanyak memberi pengalaman kepada mereka dan cuba ‘serap’ dengan situasi tersebut dan harap dapat meningkatkan prestasi mereka pada masa akan datang nanti,” tambahnya.

Malaysia akan akan bertemu dengan Uzbekistan di Stadium Antarabangsa Amman, Jordan Sabtu ini pukul 11 malam (waktu tempatan).


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: