Bola Sepak

Usah terlalu fikirkan kekuatan lawan – Aidil Zafuan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Cheng Hoe (kiri) dan Aidil Zafuan pada sidang media secara maya menjelang aksi menentang Jordan, malam esok.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

KETUA pasukan Harimau Malaya, Aidil Zafuan Abdul Radzak enggan rakan sepasukannya terlalu memikirkan kekuatan pasukan lawan hingga menjejaskan aksi mereka di atas padang.

Tegasnya, selaku pemain berpengalaman dalam pasukan, dia mahu rakan-rakannya untuk mengikuti segala perancangan dengan semangat memberikan persembahan terbaik.

“Buat masa ini kita tidak perlu fikirkan kekuatan lawan kerana akan menghadirkan rasa gugup dan tekanan dikalangan pemain, paling penting kami semua perlu ikut segala taktikal,” jelasnya pada sidang media secara maya, sebentar tadi.

Skuad bimbingan Tan Cheng Hoe bakal menentang  menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu pasukan ranking ke-93 dunia, Jordan malam esok dan pasukan ranking ke-84 dunia, Uzbekistan pada 9 Oktober 2021 yang dijadualkan berlangsung di Amman, Jordan.

Zafuan mahu rakan sepasukan tidak terlalu memikirkan kekuatan lawan.

Mengulas aksi yang diharapkan malam esok, Zafuan mengingatkan diri sendiri dan rakan-rakan agar tidak melakukan kesilapan mudah yang memberi ruang kepada lawan menjaringkan gol.

“Memang akan ada kesilapan cuma kita tidak boleh terlampu melakukan kesilapan yang banyak, bertemu dengan pasukan seperti Jordan malam esok sebarang, kesilapan akan membunuh permainan jadi kami perlu lebih fokus,” jelasnya.

Sementara itu pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe tidak mahu terlalu memberi tekanan buat pemainnya meraih keputusan positif namun tidak menafikan keputusan perlawanan adalah penting.

“Tidak tekanan tinggi untuk perlawanan, setiap pemain yang diturunkan perlulah menunjukkan prestasi terbaik dan kami akan menilai untuk membentuk pasukan yang kuat pada masa akan datang.

“Keputusan juga adalah penting tetapi bagi saya ini peluang dan pendedahan buat pemain dan pada masa sama kami mengharapkan keputusan positif,” katanya.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: