EPL

Kami perlu jaringkan lebih banyak gol – Fernandes

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Fernandes ternyata kecewa dengan keputusan seri diraih pasukannnya ketika melayan kunjungan Everton, malam tadi.

BRUNO Fernandes mendedahkan pasukannya perlu terus memburu gol dan memberikan tekanan kepada lawan seandainya ingin meraih kemenangan dalam setiap perlawanan.

Mendahului satu gol kemudian memperlahankan corak serangan serta permainan seharusnya tidak dilakukan pasukan kerana akan memberi kesan kepada keseluruhan aksi.

“Kami harus belajar, sekarang adalah waktunya, tidak boleh memperlambat permainan ketika kita berada di depan.

“Permainan perlu lebih cepat, mencetak gol satu gol lagi, satu atau dua gol dan kemudian perlahankan dan buat lawan berlari,” ujarnya.

Pada aksi yang berlangsung di Old Trafford malam tadi, Man United terpaksa menunggu dipenghujung babak pertama untuk mendahului Everton hasil jaringan Anthony Martial.

Namun memasuki babak kedua, jaringan penyamaan Andros Townsend menerusi serangan pantas memastikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: