EPL

Man United terus cicir mata

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

MANCHESTER United terus keciciran mata dalam saingan Liga Perdana Inggeris 2021/22 apabila diikat seri 1-1 dengan Everton pada aksid di Old Trafford, sebentar tadi.

Tuan rumah yang turun tanpa Cristiano Ronaldo dan Paul Pogba selaku kesebelasan utama hanya mampu merobek gawang pelawat ketika perlawanan berbaki dua minit separuh masa pertama hasil rembatan Anthony Martial.

Memasuki babak kedua kelebihan satu gol dimiliki tuan rumah akhirnya terpadam selepas Andros Townsend menjaringkan gol pada minit ke 65 dan keputusan berkenaan kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan seri 1-1 diraih tuan rumah ini meletakkan mereka ditangga kedua dengan 14 mata selepas tujuh perlawanan dan kedudukan ini dijangka berubah seandainya Chelsea berjaya menewaskan Southampton pada aksi yang bakal berlangsung selepas ini.

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: