Badminton

“Jangan hina bangsa, kulit, agama sesiapa yang berjuang untuk negara” – Faizal

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Tangkap layar komen berbaur perkauman daripada netizen yang menjadi tular di laman media sosial.

 

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu membidas kalangan netizen yang mengeluarkan komen berunsur perkauman terhadap salah seorang pemain badminton negara, selepas skuad muda negara itu terkandas di peringkat separuh akhir Piala Sudirman 2021 di Vantaa, Finland, pada Sabtu malam.

Menurutnya, komen seumpama itu tidak wajar sama sekali kerana semua pemain negara tanpa mengira kaum dan agama bersama-sama berjuang untuk mengharumkan nama Malaysia.

“Jadi ada juga keluarga kita ini yang bangang-bangang dan bodoh yang tak tahu guna bahasa baik tak kira keluarga Malaysia kita ini dari kalangan orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun, Murut.

“Tak kira bangsa, mereka berjuang untuk mengharumkan negara nama Malaysia.

Ahmad Faizal Azumu membidas komen negatif terhadap atlet yang berjuang untuk negara.

“Jangan kita hina bangsa, kulit, agama sesiapa juga yang telah berjuang untuk negara kita,” kata Ahmad Faizal kepada Astro Awani yang ditemui selepas melawat satu keluarga yang memerlukan rumah di Manjoi, pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika mengulas komen netizen di dalam media sosial yang disifatkannya berunsur perkauman terhadap pemain perseorangan wanita negara yang tewas kepada lawannya dari Jepun.

Pasukan Malaysia mempamerkan aksi cemerlang dengan menumpaskan musuh tradisi Indonesia 3-2 pada peringkat suku akhir, namun terkandas pada saingan separuh akhir Sabtu malam selepas tewas 1-3 kepada Jepun.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: