Badminton

‘Nasi sudah jadi bubur’, jangan cuba cuit isu perkauman dalam sukan!

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh: SURYATI MOHD NOR

BENAR kata pepatah ‘kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa’. Itulah yang berlaku kepada Naib Ketua Bersatu Bahagian Pasir Puteh Borhanudin Che Rahim yang dikecam seluruh rakyat Malaysia selepas membuat komen ‘kurang cerdik’ berbaur rasis terhadap pemain badminton perseorangan wanita negara.

Borhanudin yang menggunakan nama Borhan Che Rahim memuatnaik status di Facebook miliknya membuat komen rasis terhadap S. Kisona selepas tewas saingan separuh akhir Piala Sudirman kepada Jepun pada Sabtu malam.

Lebih membuatkan orang ramai marah, komen tersebut dibuat oleh seorang individu yang bergelar ahli politik, yang sepatutnya lebih tahu Malaysia ini meliputi pelbagai kaum. Untuk pengetahun Borhanuddin, sukan adalah satu-satunya platform yang menyatupadukan semua rakyat di Malaysia ini!.

Memang kecewa dan tidak pernah terlintas masih ada lagi sikap rasis seperti ini, apatah lagi ia menyentuh dunia sukan tanah air.

Kisona mempamerkan aksi cemerlang sepanjang beraksi pada Piala Sudirman 2021.

Dikala semua teruja dengan persembahan semua pemain Malaysia dalam aksi Piala Sudirman ini, termasuk Kisona yang jelas membuktikan semangat juang dalam setiap permainannya, yang tidak gentar bertemu dengan lawan di ranking yang lebih baik… tetapi dicalit pula dengan komen yang mengejutkan ini.

Dalam sukan, komen mengkritik sudah sinonim di kalangan peminat sukan tanah air, namun tidak pernah menyentuh perkara yang melibatkan agama, bangsa mahupun warna kulit.

Bagi Borhanuddin, ‘nasi sudah menjadi bubur’ walaupun dilaporkan dia telah menulis permohonan maaf secara terbuka, malah mengambil tanggungjawab meletak jawatannya demi menjaga nama baik parti, namun ia masih sukar diterima akal.

Surat permohonan maaf secara terbuka daripada Borhanudin.

Sementara itu, di laman media sosial rata-rata menggunakan #standforkisona sebagai sokongan kepada pemain berusia 23 tahun kelahiran Seremban ini.

Sebagai rekod, Kisona bukanlah baharu dalam sukan badminton tanah air malah dia antara pemain senior di Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan merupakan pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 selain beberapa kejuaraan antarabangsa yang disertainya sejak 2017 bergelar pemain negara.

Bagi pihak CAKAP SUKAN sendiri sebagai portal sukan tanah air, turut mengecam mana-mana pihak yang menimbulkan isu rasis dalam sukan seiring dengan mantan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang ternyata kecewa dengan komen tersebut.

“Saya cukup tersinggung membaca komen yang tidak sepatutnya diungkap terhadap pemain badminton perseorangan wanita negara, S Kisona.

“Marah, memang saya marah. Kecewa, memang saya kecewa.

“Bukan kecil perjuangan atlet-atlet untuk berada di pentas dunia. Mereka semua membawa nama Malaysia. Menang atau kalah, itu adalah lumrah pertandingan.

“Sokongan kita jangan sesekali bermusim. Hanya memuji apabila merangkul pingat. Terus mengeji apabila kecundang. Keluarga Malaysia has no room for such insensitive and discriminatory remarks, more so in sports that unites us all Malaysian.

I had the chance also to introduce and push for ‘Safe Sports’ policy as part of Visi Sukan Negara (VSN 2030). Hope it will be further adopted and institutionalised in mainstream sports in Malaysia at all levels,” tulis Reezal di Facebook rasminya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: