Badminton

Piala Thomas: Malaysia kekal realistik walaupun England tarik diri


Skuad Malaysia baharu menamatkan saingan Piala Sudirman dengan berada di tempat ketiga Ahad lalu. Foto BAM

PASUKAN Malaysia kekal dengan sasaran suku akhir Piala Thomas biarpun England disahkan menarik diri dalam saingan yang bermula 9 Oktober ini di Aarhus, Denmark.

Pada Selasa, Persatuan Badminton England menerusi kenyataan ringkas di laman web mereka mengumumkan penarikan diri daripada kejohanan berprestij berikutan tiga daripada empat pemain perseorangan pilihan mengalami kecederaan.

Susulan daripada itu, Kumpulan D kini hanya dihuni pasukan Malaysia, Jepun dan Kanada.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, Malaysia kekal dengan sasaran suku akhir walaupun England menarik diri.

“Kami rasa penarikan diri England bukan satu kelebihan besar untuk Malaysia, jadi kami akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada Jepun. Kami perlu realistik tentang sasaran kerana pemin kita telah banyak menempuh perlawanan yang banyak dalam kejohanan Piala Sudirman.

“Ia mungkin menyebabkan mereka sedikit keletihan dan saya tidak fikir adalah wajar untuk menyemak semula sasaran kami kerana tidak mahu memberi tekanan kepada mereka,” jelasnya kepada Bernama.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading