Bola Sepak

Piala Malaysia: Mitrevski selamatkan maruah Sabah FC

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Mitrevski (tengah) menjaringkan dua gol memastikan Sabah FC pulang dari Kota Bharu dengan satu mata.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

DUA jaringan gol menerusi sepakan penalti disempurnakan Risto Mitrevski menyelamatkan maruah Sabah FC apabila membantu pasukan mencatatkan keputusan seri 2-2 ketika berdepan Kelantan FC pada aksi kedua peringkat Kumpulan D, Piala Malaysia 2021, sebentar tadi.

Kelantan FC yang turun memburu kemenangan selepas kecundang 0-2 ditangan Johor Darul Ta’zim (JDT), Isnin bagaimanapun ketinggalan pada minit ke-32.

Gol pertama pelawat dijaringkan ketua pasukan, Risto Mitrevski menerusi sepakan penalti selepas pemain bola terkenan tangan ketua pasukan Kelantan FC, Zubir Azmi seminit sebelum itu.

Namun kelebihan itu tidak bertahan lama apabila tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Natanael Ringgi selang sembilan minit kemudian.

Memasuki babak kedua, perlawanan lebih rancak dipamerkan kedua pasukan dengan Kelantan FC dilihat lebih banyak memberikan tekanan buat Sabah FC.

Usaha berterusan Kelantan FC memburu gol kedua berhasil menerusi tolakan mudah pemain gantian, Haziq Subri pada minit ke-70.

Kegembiraan tuan rumah itu hanya mampu bertahan 10 minit sahaja apabila pelawat dihadiahkan sepakan penalti selepas N Thanabalan dijatuhkan pertahanan Kelantan FC dalam kotak penalti.

Mitrevski yang ditugaskan mengambil sepakan berkenaan tenang meletakkan bola dalam gawang buat kali kedua dan keputusan itu kekal sehinggalah tamat perlawanan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: