Hoki

Malaysian Tigers tewas aksi kedua

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Skuad negara akan turun untuk aksi ketiga bertemu pasukan kelab, Hampstead & Westminister H.C, esok .

AKSI kedua Siri Jelajah United Kingdom 2021 menyaksikan skuad hoki senior lelaki kebangsaan tewas 1-2 kepada Surbiton H.C pada aksi yang berlangsung di Surbiton Hockey Club, hari ini.

Gol tunggal pasukan negara dijaringkan oleh Muhammad Najib Abu Hassan menerusi gol padang pada minit ke-47 sementara gol pasukan lawan, Surbiton H.C dijaringkan pada minit ke-22 dan 26 juga menerusi gol padang.

Disebalik keputusan tersebut, pemain senior negara, Muhammad Razie Abd Rahim menjelaskan beliau bersama rakan sepasukan akan menganalisis aksi hari ini untuk mengenalpasti kesilapan yang perlu diperbetulkan menjelang dua lagi aksi bertemu pasukan kelab sebelum menentang pasukan Ireland, Wales dan Perancis.

“Untuk perlawanan hari ini, walaupun kami tewas tetapi terdapat perkara positif yang kami perolehi berbanding perlawanan pertama termasuk kami telah memperbaiki kesilapan pada perlawanan sebelum ini.

“Untuk keputusan hari ini pula, kami akan membuat analisi semula bagi mengenalpasti apa kesilapan yang menyebabkan kami tewas dan ia juga akan digunakan sebagai persediaan bagi menghadapi perlawanan ketiga dan keempat bertemu pasukan kelab.

“Selain itu kami juga perlu memperbaiki kesilapan individu dan mengurangkan kesilapan-kesilapan tersebut,” ujar Razie Rahim.

Skuad negara akan turun untuk aksi ketiga bertemu pasukan kelab, Hampstead & Westminister H.C esok (30 September) jam 2.30 pagi waktu Malaysia.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: