Bola Sepak

Pemain terlalu hormati dan pandang tinggi lawan – Nazrulerwan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pertahanan tuan rumah , Renan Alves bersaing hebat merebut bola diudara dengan Gassama.

KETUA Jurulatih Kelantan United FC (KUFC), Nazrulerwan Makmor mengakui sikap terlalu menghormati dan memandang tinggi pasukan lawan menyebabkan mereka kecundang 0-3 pada aksi pertama Kumpulan C, Piala Malaysia 2021.

Tegasnya, melihatkan pada persembahan, mereka mempunyai beberapa peluang didepan gawang namun gagal diterjemahkan dengan jaringan gol.

“Pemain saya sedikit gugup, mungkin terlalu menghormati dan memadang tinggi keupayaan lawan, berdepan naib juara Liga Super hingga tiga gol dilepaskan.

“Jujurnya Kedah adalah pasukan hebat jika dibandingkan dengan kami yang menamatkan saingan Liga Premier di kedudukan ketujuh,” jelasnya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.

Pada perkembangan sama, jadual perlawanan yang padat dalam tempoh seminggu secara tidak langsung memberikan kesan kepada pemainnya.

“Bayangkan dari Kuala Terengganu ke Johor Bahru dan hari ini (semalam) di Alor Setar pula, bukan mudah buat semua pemain apa pun ini adalah proses untuk pemain muda,” tegasnya.

Pada aksi di Stadium Alor Setar malam tadi, pelawat mempamerkan aksi yang tidak mengecewakan hingga berjaya menekan pasukan tuan rumah.

KUFC yang mungkin gagal memberikan saingan bertindak sebaliknya apabila memiliki sekurang-kurangnya lima peluang menjaringkan gol menerusi Alfusainey Gassama dan Shafizi Iqmal namun faktor kegugupan nyata menghalang impian berkenaan.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: