Hoki

Siri Jelajah UK: Skuad muda hoki negara bakal diuji lapan perlawanan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pemain-pemain Projek Khas Lelaki Kebangsaan berada di United Kingdom bagi persiapan menjelang Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2021.

 

SIRI Jelajah United Kingdom yang dijadualkan bermula 26 September hingga 16 Oktober akan digunakan sepenuhnya skuad Projek Khas Lelaki Kebangsaan menjelang Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2021.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan, Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak berkata, lapan perlawanan telah diatur buat skuad remaja negara sepanjang berada mereka di sana.

“Ini termasuk dua perlawanan menentang pasukan kelab dan enam perlawanan lagi bertemu Skuad B-21 England, B-23 Wales dan B-23 Scotland,” ujarnya menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan KHM pada Isnin.

Ahmad Najmi berkata, skuad bimbingan Wallace Tan mempunyai misi untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2021 yang dijadualkan berlangsung pada hujung tahun ini di India dan siri jelajah ini amat penting untuk digunakan oleh mereka dengan sebaiknya.

“Setelah sekian lama tiada perlawanan kompetitif untuk mereka, jadi 21 pemain yang menyertai siri jelajah ini termasuk dua penjaga gol, tujuh pemain pertahanan, enam pemain di posisi tengah dan enam pemain di bahagian serangan perlu memanfaatkan semua perlawanan persahabatan yang telah diatur untuk mereka,” ujarnya.

Untuk rekod Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2021 dijadualkan berlangsung pada 24 November Hingga 5 Disember ini di India.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: