Hoki

The Speedy Tigers terbang ke London sertai Jelajah United Kingdom 2021

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Sesi latihan terakhir Skuad Hoki Senior Lelaki Kebangsaan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, hari ini.

SELEPAS hampir dua tahun tiada sebarang siri jelajah yang dapat diatur buat Skuad Senior Lelaki Kebangsaan ekoran penularan wabak Pandemik Covid- 19, mereka akhirnya akan menyertai Siri Jelajah United Kingdom 2021.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan, Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak , skuad bimbingan Arulselvaraj itu akan ke London, United Kingdom, atas jalinan kerjasama antara KHM dan Great Britain Hockey.

“Seramai 23 pemain akan menyertai siri jelajah ini termasuk tiga penjaga gol, tujuh pemain pertahanan, lapan pemain di posisi tengah dan lima pemain di bahagian serangan.

“Menerusi senarai 23 pemain yang dibawa ke Siri Jelajah United Kingdom juga dapat disaksikan, tiga pemain yang sebelum ini membantu Skuad Projek Khas Lelaki Kebangsaan, iaitu Muhammad Shafiq Hassan (pertahanan), Shello Silverius (penyerang) dan Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal (penyerang) telah menyertai Skuad Senior Lelaki Kebangsaan sepenuhnya dan akan kekal bersama skuad senior sehingga sesi pemilihan baru dilakukan oleh Arulselvaraj.

“Sebanyak 10 perlawanan telah diatur buat skuad negara sepanjang keberadaan mereka di sana. Ini termasuk empat perlawanan menentang pasukan kelab dan tujuh perlawanan menentang pasukan kebangsaan seperti Ireland, Wales, dan Perancis,” jelasnya.

Perlawanan tersebut juga akan digunakan oleh Arulselvaraj bagi menilai prestasi skuad bimbingannya termasuk melihat di mana tahap pasukannya itu untuk setakat ini.

Selain itu, Siri Jelajah United Kingdom ini juga turut dijadikan sebagai salah satu siri persediaan skuad negara bagi menghadapi Kejohanan Hoki Piala Asia 2022 yang juga merupakan perlawanan kelayakan bagi Hoki Piala Dunia 2023.

Skuad Kebangsaan akan berlepas pada awal pagi 19 September ini dan akan terus berada di bumi United Kingdom sehingga 22 Oktober 2021 bagi Siri Jelajah United Kingdom 2021.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: