EPL

Kante hadir tepat pada masanya – Tuchel

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kante (tengah) nyata berjaya merubah corak permainan Chelsea yang seterusnya membawa kemenangan 3-0 mengatasi Spurs.

PENGURUS Chelsea,  Thomas Tuchel menyifatkan kemasukan N’Golo Kante memberikan impak besar buat pasukan untuk meraih tiga mata penuh mengatasi Tottenham, 3-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris malam tadi.

Ini terbukti dengan kemasukkannya selepas masa rehat apabila selang empat minit kemudian The Blues memperolehi gol pertama menerusi pemain pertahanan Thiago Silva (m-49) sebelum Kante turut mencatatkan nama selaku penjaring gol kedua pada minit ke-57.

Tiga mata mutlak terus menjadi milik Chelsea apabila Antonio Rudiger menjaringkan gol ketika pada masa kecederaan babak kedua untuk meletakkan pasukan gah dipersada liga ketika ini.

Bagi Tuchel, skuad bimbingannya nyata mempamerkan aksi yang mengecewakan sepanjang babak pertama dengan hanya beberapa serangan berjaya dijelmakan.

“Dia seorang pemain yang unik, tiada apa lagi dapat saya katakan. Kante adalah Kante dan dia menakjubkan.

“Jika dia berada di bangku simpanan anda dan anda mahu meningkatkan corak permainan, dia adalah pemain terbaik untuk dimasukkan kerana dia unik dan mampu mengubah momentum,” tegasnya.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: