EPL

Lingard berjuang buktikan kemampuan – OGS

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Lingard (tengah) diraikan rakan sepasukan selepas menjaringkan gol kedua.

DISEBALIK ramai yang menyanjungi penjaga gawang Manchester United, David de Gea watak Jesse Lingard yang menjaringkan gol kemenangan juga seharusnya diberikan pujian di atas usaha gigih pemain gantian ini.

Lingard yang menghabiskan separuh kedua musim lalu secara pinjaman bersama West Ham United di Stadium London membuktikan kemampuannya apabila melakukan sepakan dari luar kotak penalti untuk gol kedua ketika berdepan West Ham United, malam tadi.

Pengurus Man United, Ole Gunnar Solskjaer menyifatkan Jesse cukup jelas dia ingin memperjuangkan tempatnya dan menjadi sebahagian daripada pasukan Man United dengan usaha keras yang dilakukannya.

“Dia bersedia pergi kemana-mana (kelab lain) dan pulang dengan pengalaman. Saya tidak dapat bercakap untuk Jesse sekarang tetapi dia benar-benar memberikan impak dan menyumbang kepada pasukan,” ujarnya.

Mengulas aksi anak didiknya, Solskjaer berkata, mereka layak mendapat tiga mata penuh di tempat lawan dan pemain membuktikannya walaupun bukan tugas mudah.

“Ini adalah tempat yang sukar, semoga tiga mata ini akan memberikan perbezaan pada sehinggalah April mahupun Mei tahun depan,” katanya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: