
KEJAYAAN pemain tenis remaja Britain Emma Raducanu merangkul juara Grand Slam pertama pada Terbuka Amerika Syarikat beberapa minggu lalu masih menjadi bualan peminat-peminat sukan dunia.
Dengan kejayaan merangkul trofi kejuaraan itu, kehidupan Emma pastinya berubah 360 darjah dalam sekelip mata.
Selain duit kemenangan bernilai 1.8 juta paun (RM10.3 juta), Emma juga dijangka akan menerima pelbagai tajaan gergasi selepas ini.
Sebelum ini dia sudah pun mengikat kontrak dengan jenama pakaian sukan terkenal dunia, Nike serta tajaan raket dari Wilson.

Malah Emma diramalkan tidak mengambil masa lama untuk berada dalam senarai atlet muda mengumpul pendapatan paling tinggi selepas ini.
Senarai 10 atlet muda yang mengumpul pendapatan paling tinggi termasuk hadiah kemenangan, gaji dan tajaan bagi tahun 2021:
10. Deshaun Watson,26, bersama pasukan Houston Texans NFL mengumpul pendapatan bagi 2021 sebanyak 26.7 juta paun (RM153.04 juta).
9. Marlon Humphrey,25, bersama pasukan Baltimore Ravens NFL 27.1 juta paun (RM155.33 juta)
8. Kylian Mbappe,22, penyerang Paris Saint-Germain 28.9 juta paun (RM166 juta).

7.Max verstappen,23, pelumba F1 Red Bull Racing 30.7 juta (RM176 juta).
6. Myles Garrett, 25, Cleveland Browns NFL 31.1 juta paun (RM178.26 juta).
5. Jalen Ramsey, 26, pemain pasukan Los Angeles Rams NFL 31.4 juta paun (RM180 juta).
4. Joey Bosa, 26, Los Angeles Chargers NFL 32.1 juta paun (RM184 juta).

3. Giannis Antetokounmpo, 26, bola keranjang Milwaukee Bucks NBA 34 juta paun (RM195 juta).
2. Patrick Mahomes, 26, Kansas City Chiefs 39.4 juta paun (RM226 juta).

1. Naomi Osaka, 23, dengan empat kali menjuarai Grand Slam menyaksikan pemain tenis wanita Jepun ini telah mengumpul pendapatan sebanyak 43.3 juta paun (RM248.19 juta) tahun ini.
Add Comment