Antarabangsa

Lewandowski atasi Mbappe dan Erling Haaland

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Lewandowski hadiahkan penghargaan ini buat semua yang bekerja sebagai satu pasukan.

 

PENYERANG Bayern Munich,  Robert Lewandowski mengatasi Kylian Mbappe dan Erling Haaland bagi memenangi anugerah Kasut Emas Eropah sebagai penjaring terbanyak musim lalu.

Pemain 33 tahun itu meledak 41 kali dalam 29 perlawanan Bundesliga pada kempen berkenaan.

Lewandowski begitu berbisa di depan gawang sepanjang kariernya dan sehingga bulan lalu dia sudah meledak 230 gol dalam 231 penampilan untuk Bayern sejak 2016.

Bagi musim ini sahaja dia telah menjaringkan 11 gol dalam tujuh perlawanan yang membuktikan prestasinya masih di puncak.

“Terima kasih kepada keluarga saya, rakan sepasukan, barisan kejurulatihan dan seluruh warga FC Bayern. Saya tidak akan memenangi gelaran sebegini tanpa sokongan mereka.

“Saya kongsikan anugerah ini kepada semua yang berada di sisi saya setiap hari. Saya amat gembira dengan apa yang kami capai sebagai satu pasukan. Terima kasih,” kata Lewandowski.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: