Antarabangsa

Raiola kembali ‘bising’ mengenai Pogba

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pogba mempamerkan aksi baik di samping Cristiano Ronaldo sejak awal musim ini.

 

KONTRAK Paul Pogba di Manchester United akan berakhir penghujung musim ini.

Berikutan itu ejennyanya Mino Raiola mendakwa pemain tengah Manchester United itu boleh kembali ke Juventus sebaik kontrak Pogba tamat.

Pemain tengah Perancis itu meninggalkan Bianconeri untuk kembali ke Red Devils dengan nilai 89 juta paun pada tahun 2016.

Beberapa tahun kebelakangan ini spekulasi masa depan pemain berusia 28 tahin itu turut menjadi topik utama perbincangan peminat dan media Liga Perdana Inggeris.

Raiola pernah memberitahu Pogba bukan hak milik sesiapa kepada Solskjaer.

Namun, ini bukan kali pertama Raiola bercakap mengenai masa depan pelanggannya itu di Old Trafford.

“Kontrak Pogba akan tamat tahun depan, Kami akan bercakap dengan Manchester dan kita lihatlah nanti.

“Sudah tentu Turin kekal dihati dan dia sangat mengambil berat perkara ini. Kemungkinan untuk kembali ke Juventus ada, tetapi ia juga bergantung kepada Juve,” jelas Raiola kepada Corriero dello Sports.

Pogba dikaitkan akan kembali ke Juventus beberapa tahun kebelakangan ini termasuk juga ke kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid.

Sementara itu hubungan Raiola dengan United agak rumit yang mana sebelum ini pengurus kelab Ole Gunnar Solskjaer memberitahu bahawa Pogba ‘pemain kami, bukan milik Mino’.

Ia menyebabkan Raiola membalas kepada Solskjaer bahawa Pogba bukan hak milik sesiapa.

Dan Disember lalu sebelum aksi Liga Juara-Juara di Leipzig, Raiola mengumumkan bahawa Pogba mahu berpindah.

Pogba dikatakan berminat kembali je Juventus.

“Saya boleh katanya Pogba di Manchester United sudah berakhir. Dia perlu bertukar pasukan, bertukar udara.”

Ironinya, Pogba tidak pernah meluahkan secara terbuka untuk tinggalkan kelab dan apa yang jelas dia sentiasa bersedia memberikan yang terbaik untuk United.

Malah dia telah mempamekan prestasi baik dengan menjadi pembantu gol sebanyak tujuh kali sepanjang empat perlawanan pertama musim ini.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: