Bola Sepak

Bukti semangat perjuangan – Zaquan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Zaquan meraikan kejayaan tiga mata pada aksi di Stadium KLFA, Cheras malam tadi.

Oleh : SUBKHI SUDARJI / IZARI ROSLI

PENYERANG Negeri Sembilan FC, Zaquan Adha Abdul Radzak, menyifatkan kemenangan 1-0 pasukannya ke atas Sarawak United FC (SUFC) bukti semangat perjuangan yang dipamerkan rakan sepasukan yang mampu bangkit dalam dua perlawanan terakhir sejak tewas kepada Kelantan FC.

Ujarnya, kemenangan yang diraih amat bermakna kerana selepas kalah dengan Kelantan, pasukan telah berjanji akan berjuang habis-habisan sehingga ke penghabisan biarpun sasaran utama pasukan untuk layak ke Liga Super telah tercapai.

“ Saya harus berterima kasih kepada rakan-rakan kerana berjuang hingga minit terahir walaupun tahap kami mungkin begitu berbeza dengan Sarawak United yang rata-rata pemainnya mempunyai kualiti Liga Super.

“ Apabila pulang ke Negeri Sembilan, saya memang berjanji pada diri sendiri yang saya balik bukan sekadar untuk habiskan karier tetapi mahu berbakti kepada Negeri Sembilan kerana di sinilah saya mula bertapak bermain dalam bola sepak, jika rezeki kita juara, ini adalah kerjasama rakan-rakan dan pengurusan, ” katanya.

Selain Negeri Sembilan dan Sarawak United, Terengganu FC II juga masih punyai peluang untuk meraih kejuaraan Liga Premier apabila menang besar 4-1 ke atas Selangor 2 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Meraih 32 mata, Terengganu FC II perlu menang pada baki dua perlawanan yang tinggal selain mengharapkan Negeri Sembilan dan Sarawak United tewas pada perlawanan terakhir.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: