EPL

Bale tak sabar tunggu aksi Ronaldo

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Bale pernah bergandingan dengan Ronaldo ketika bersama Real Madrid.

 

BEKAS rakan sepasukan Cristiano Ronaldo di Real Madrid, Gareth Bale tidak sabar menunggu aksi ketua pasukan Portugal  itu di Liga Perdana Inggeris bersama Manchester United.

Ujar Bale, dia yakin Ronaldo akan melakukannya tugasan dengan mudah memandangkan dia pernah melalui saingan liga sebelum ini.

“Dia melakukan segalanya dalam bola sepak. Kemampuan mencetak golnya tidak dapat ditandingi oleh siapa pun. (Saya) begitu bersemangat mengenainya seperti orang lain,” ujar Bale kepada Sky Sports.

Ronaldo kembali memakai nombor 7 di Manchester United sebelum ini dipakai Edinson Cavani  yang akan menyarung jersi nombor 21.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: