EPL

Phillips kekal bersama Liverpool sehingga 2025

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Phillips pemain ketujuh yang menandatangani kontrak jangka masa panjang bersama Liverpool.

LIVERPOOL mengumumkan perjanjian kontrak jangka panjang buat pemain pertahananya, Nathaniel Phillips sehingga 2025.

Pemain yang hadir musim lalu ketika Liverpool dibelenggu kecederaan dibahagian pertahanan pada awalnya akan dijual memandangkan kemasukan pemain baharu, Ibrahima Konate namun sebaliknya yang berlaku.

Bagi Phillips, dia teruja untuk terus bersama kelab dan bersedia sentiasa apabila diperlukan untuk beraksi.

“Saya tidak sabar untuk pengembaraan saya yang seterusnya dengan kelab dan apa yang akan berlaku di masa depan.”

“Senang melihat kelab seperti ini dan semoga saya dapat membalasnya dengan persembahan yang bagus di padang ketika saya bermain.

“Saya gembira dapat kekal di kelab dan sentiasa bersedia jika kelab memerlukannya,” kata Phillips seperti dipetik di laman web rasmi kelab.

Musim lalu, Phillips membuat 20 penampilan dan satu gol serta  pemain ketujuh Liverpool yang memiliki kontrak jangka panjang musim panas ini.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: