
CHELSEA sah mendapatkan pemain tengah Sepanyol yang beraksi untuk kelab Atletico Madrid, Saul Niguez secara pinjaman sehingga akhir musim 2021/22 dengan pilihan pembelian tetap.
Niguez, 26 tahun yang memenangi gelaran LaLiga musim lalu, dan Copa del Rey, Liga Europa dua kali pada 2012 dan 2018 antara pemain yang juga dikaitkan dengan Manchester United dan Liverpool.
Sky Sports melaporkan bahawa Chelsea akan membayar Atletico 3.4 juta euro wang pinjaman dan membeli pemain dengan bayaran 30 juta euro pada musim panas berikutnya.
Niguez telah membuat 340 penampilan dengan 43 gol dan 20 assist dalam semua pertandingan.
“Saya sangat teruja untuk memulakan cabaran baru ini dengan Chelsea.
“Peminat Chelsea, saya adalah salah seorang dari anda sekarang dan saya tidak sabar untuk memakai baju, memulakan latihan dan bertemu dengan anda semua. Sampai jumpa lagi nanti!” kata Saul ke laman web rasmi kelab berkenaan.
Add Comment