EPL

Berita baik buat penyokong Liverpool

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Van Dijk dilihat mengalami kecederaan di buku lali pada aksi bersama skuad kebangsaan.

BENTENG Liverpool, Virgil van Dijk cergas sepenuhnya selepas kembali daripada tugasan antarabangsa walaupun dilihat mengalami kecederaan buku lali pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022.

Pada aksi berkenaan, Belanda tidak berdepan masalah untuk membelasah Turki 6-1 .

Bek tengah itu kelihatan dalam kesakitan selepas dikasari pemain Turki pada saat akhir permainan.

Van Dijk baru saja kembali beraksi selepas berehat panjang musim lalu akibat kecederaan lutut ketika menentang Everton pada Oktober.

Ujar pengendali The Reds, Jurgen Klopp, pemain berusi 30 tahun itu berada dalam keadaan baik selepas perlawanan.

“Saya bertanya keadaannya selepas perlawanan, dia kata dia dalam keadaan baik,” ujarnya.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: