Paralimpik Tokyo 2020

Netizen Malaysia ‘serang’ media sosial atlet lompat jauh Greece ucap terima kasih

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Prodromou memerhatikan Latif ketika mendapat rawatan.

 

JIKA terdapat anugerah netizen terbaik dunia, pastinya dari Malaysia.

Netizen Malaysia atau digelar ‘Jentera Netizen’ sememangnya pantas ‘membuat kerja’ sama ada menyelongkar kebenaran  atau sebaliknya.

Apa yang menarik sikap bersatu jentera ini terutama dalam isu sukan tanah air mendapat perhatian dunia.

Kita lupakan kecaman mereka terhadap atlet Ukraine berkaitan isu pingat emas atlet lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli beberapa hari lalu.

Prodromou membersihkan pasir-pasir yang melekat di kepala Latif.

Ia kerana jentera netizen ini sebenarnya mempunyai adab dan sikap yang perlu dipuji kerana mereka telah ‘singgah’ ke media sosial atlet Greece, Athanasios Prodromou selepas membantu jaguh lompat jauh negara, Abdul Latif Romly.

Netizen-netizen ini dilihat telah menghantar mesej-mesej istimewa kepada atlet Greece yang merupakan pemenang pingat perak itu dengan mengucapkan terima kasih sebagai penghargaan membantu Latif.

Prodromou merupakan individu terawal tiba membantu Latif ketika atlet itu mengalami kecederaan semasa melakukan lompatan kelimanya pada aksi final, Sabtu.

Latif mengalami kecederaan ketika melakukan lompatan kelima.

Malah dia juga turut berada berdekatan dengan Latif ketika pasukan medik memberi bantuan kepada Latif.

Bukan itu sahaja, Prodromou turut membersihkan pasir-pasir yang melekat di rambut dan bahu Latif.

Jelas Latif dia akan bertemu dengan Prodromou untuk mengucapkan terima kasih kerana membantunya.

“Kami memang kenal sejak 2019 di Kejohanan Dunia Dubai. Dia memang peramah dan baik.

Proromou bercakap sesuatu kepada Latif.

“Esok (Ahad) saya jumpa dia dan ucap terima kasih,” ujar Latif.

Rata-rata memuji sikap ‘Sportmanship’ yang ditunjukkan kedua-dua atlet bertaraf dunia ini.

Selepas mengalami kecederaan tersebut, Latif tidak meneruskan lompatan terakhir, namun dengan catatan terbaik 7.45 meter (lompatan kedua) sudah cukup membuatkan atlet ini meraih sekali lagi pingat emas selepas Rio 2016.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: