PERMINTAAN tinggi terhadap kit Manchester United sejak Cristiano Ronaldo sah kembali ke Old Trafford.
Ia menyebabkan pengeluar utama jenama Adidas selaku penaja rasmi kelab terpaksa menambah pengeluaran gara-gara stok jualan semakin berkurangan.
Ia berikutan penutupan kilang di Vietnam yang menghasilkan 28 peratus daripada jumlah pengeluaran.

Berdasarkan stok sedia ada, jumlah kit mampu bertahan sehingga empat bulan, namun situasi itu berubah sejak perpindahan sensasi Ronaldo ke Old Trafford.
Ronaldo yang akan memakai nombor ikonik No.7 telah mencipta fenomena baharu di kalangan penyokong kelab yang terus menyerbu mendapatkan jersi tertera nama dan nombor Ronaldo itu.

“Kami bekerjasama dengan MUFC dan cuba mencapai permintaan tinggi penyokong-penyokong yang mahukan jersi terbaharu jersi kelab ini,” jelas jurucakap Adidas.
Sementara itu, di laman sesawang United telah mengumumkan bahawa jersi yang dilekatkan nama dan nombor Ronaldo mungkin tidak akan ada penghantaran sehingga November ini.
Add Comment