Komentar

Sukan platform perpaduan rakyat Malaysia


Oleh: MOHD FARIQ

MUTAKHIR ini kita dapat melihat proses pembangunan seiring peredaran kemudahan teknologi yang semakin lama semakin maju.

Jika diimbau kembali kira-kira 50 tahun lalu, siapa sangka Malaysia mampu berdiri dengan negara-negara maju lain.

Pertama kita seharusnya berasa bersyukur kerana dilahirkan di Malaysia; bumi tercinta kita semua yang terbela keharmoniannya dalam masyarakat penuh majmuk.

Oleh itu kita harus meletakkan landasan berfikir di tahap optimum di mana kita tidak boleh membiarkan apa-apa sahaja halangan yang mampu memecahbelahkan kita semua sebagai rakyat Malaysia.

Tahun ini tema Hari Kemerdekaan sama seperti tahun lalu iaitu ‘Malaysia Prihatin’ dan ia bagaikan signifikasi terbaik untuk mengambar kekuatan rakyat Malaysia ketika mengharungi pandemik Covid-19.

Sebagai rakyat Malaysia masih mampu bersatu padu dan bersama-sama di mana sikap prihatin sesama kita menunjukkan kita rakyat Malaysia berada dalam kelas tersendiri.

Dan tanpa disangkal lagi sukan menjadi platform rakyat Malaysia untuk membina komuniti, mendidik mengenal jati diri dan paling penting kesemua penduduk negara ini akan sentiasa tersemat rasa bangga setiap kali melihat Jalur Gemilang berkibar dalam arena kejohanan-kejohanan antarabangsa.

Dan melalui sukan juga menjadi medan terbaik dalam membentuk perpaduan dan kerana sukan jugalah kita semua sebagai rakyat Malaysia terus kekal harmoni.

Merdeka, Merdeka, Merdeka.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d