Paralimpik Tokyo 2020

Keputusan ‘counter protest’ Ziyad diketahui esok

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

ISU protes kontinjen Ukraine terhadap atlet para lontar peluru negara Muhammad Ziyad Zolkefli, Todd Hodgetts (Australia) dan Jordi Patricio Congo Villalba (Ecuador) akan dibawa ke mesyuarat Chef de Mission (CDM) pada Rabu.

Ziyad,31, melakar rekod lontaran dunia baharu dengan catatan 17.94 meter sekaligus merangkul pingat emas, namun Ukraine melakukan protes kerana Ziyad dikatakan lewat tiba ke ‘call room’ yang menyaksikan penyertaannya terbatal.

 

Atlet Ukraine Maksym Oval yang mencatat 17.34m diumumkan sebagai pemenang berdasarkan keputusan di laman web rasmi Paralimpik Tokyo 2020, manakala rakan senegaranya Oleksandr Yarovyi yang mencatat 17.30m memenangi perak.

Susulan daripada itu, pegawai sekretariat negara yang berada di Tokyo membuat ‘counter protest’ dan keputusannya mungkin akan diketahui esok.

Sebelum ini, menerusi Astro Arena, Ziyad memberitahu tidak ada masalah lewat tiba di venue mahupun masalah pengangkutan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: