Bola Sepak

Bekas jurulatih Kuala Lumpur FA S. Subramaniam meninggal dunia

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Mendiang S. Subramaniam (duduk, dua dr kiri) bersama pasukan Kuala Lumpur FA.

Oleh: JJFIRDAUS

BEKAS jurulatih Kuala Lumpur FA S. Subramaniam meninggal dunia pada Selasa.

Mendiang merupakan bekas guru sekolah adalah individu yang bertanggungjawab membawa Serbegeth Singh dari Johor ke Kuala Lumpur di bawah seliaan Allahyarham Tan Sri Elyas Omar.

Mendiang kemudian telah dilantik sebagai Pengarah Teknikal Kuala Lumpur dan bertanggungjawab dalam pembangunan program akar umbi yang sangat berjaya. Selain itu, beliau juga bekerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dari sudut teknikal.

Subramaniam juga adalah rakan baik kepada Richard Bate dan beliaulah yang memainkan peranan membawa Richard ke Malaysia seterusnya menjadi Pengarah Teknikal FAM ketika itu.

Mendiang juga pernah menerima Anugerah Gold Service Award dari AFC pada 2011.

Sepanjang bersama Kuala Lumpur FA, tiga trofi dijulang pasukan ini iaitu Piala Malaysia, Piala Liga dan Piala Perisai Komuniti 1988.

Selain itu, beliau juga adalah individu yang bertanggungjawab membawa Dr Josef Venglos ke Malaysia dan seterusnya menjadi jurulatih kebangsaan.

Memulakan karier sebagai jurulatih dengan pasukan remaja, bersemadilah dengan aman dan jasa beliau kepada pembangunan bola sepak Malaysia pasti tidak dilupakan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: