Badminton

Misbun tak resah prestasi semasa pemain remaja

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

PENGARAH  Pembangunan Remaja Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Misbun tidak gusar tentang prestasi pemain pemain remaja negara kerana beliau memiliki perancangan yang rapi untuk memastikan keadaan mereka di tahap tang optimum.

Jelasnya, sesi latihan yang dijalankan tidak memfokuskan misi untuk melakar kemenangan diantara satu sama lain, tetapi meningkatkan kemahiran asas serta mewujudkan suasana ceria dalam kem latihan.

“Walaupun mereka tidak menyertai mana mana pertandingan samada dua bulan atau tiga bulan, pada saya tidak ada masalah. Modul yang harus kita berikan kepada mereka adalah membuatkan pemain pemain gembira.

“Apa yang saya lakukan kepada mereka jika tidak menyertai pertandingan adalah menerapkan modul- modul yang boleh bersaing secara antarabangsa.

“Kita tidak berlatih sesama sendiri kerana hanya untuk menewaskan sesama sendiri tetapi bagaimana untuk membuat sasaran dimana pemain pemain ini memiliki kelebihan ke atas pemain pemain luar negara,” ujarnya.

Tambahnya lagi dalam kejohanan Ranking Dalaman Remaja BAM yang memulakan aksi hari ini, beliau tidak melihat pemain kekok atau beraksi dibawah prestasi sebenar dan ia jelas memberi perkhabaran yang positif.

Dalam aksi pembukaan hari ini, Justin Hoh antara pemain pilihan yang menepati ramalan selepas melakar kemenangan dalam aksi pembukaan bagi kumpulan A perseorangan lelaki di kejohanan Ranking Dalaman Remaja ke 2 yang membuka tirai hari ini di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara.

Justin Hoh bagaimanapun kecundang di set pertama sebelum bangkit sekaligus menundukkan Chia Jeng Hon 11-21, 21-11, 21-13.

Mengikuti jejak Justin adalah Eogene Ewe Eon yang menundukkan V Poopathi straight set 23-21, 21-18 sementara Ong Zhen Yi meraih kemenangan dalam aksi pembukaan selepas menundukkan Muhd Fazriq Mohd Razif dalam aksi tiga set, 21-15, 16-21, 21-19.

Kumpulan B pula menyaksikan Anson Cheong menundukkan Lok Hong Quan straight set 21-19, 21-16 sementara Rex Hooi Shao Herng menang ke atas Jan Jireh Lee dalam aksi tiga set 21-13, 10-21, 21-16 manakala Muhd Adam Shaz menundukkan Dylan Ooi 14-21, 22-20, 21-13.

Sementara itu aksi melibatkan perseorangan wanita Kumpulan A menyaksikan Siti Nurshuhaini Azman memulakan aksi pembukaan dengan langkahkanan selepas menang straight set 21-12, 21-19 ke atas Joanne Ng May Ying.

Mengekori rapat dibelakangnya, Tan Zhing Yi yang turut mencatat kemenangan selepas menundukkan Loh Zhi Wei dalam aksi tiga set 19-21, 21-14, 21-16. Turut sama meraih kemenangan, Ong Xin Yee yang menundukkan Chan Wen Tse 23-21, 21-16.

Kumpulan B pula memperlihatkan Carmen Ting, Siti Zulaikha Muhd Azmi dan Lim Yi Wei masing masing mencatat kemenangan dalam aksi pembukaan hari ini selepas menewaskan lawan masing masing.

Kejohanan Ranking Dalaman Remaja Kebangsaan ke 2 BAM akan melibatkan dua sesi perlawanan iaitu disebelah pagi dan petang bermula dari 23 hingga 27 Ogos 2021.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: