Badminton

‘Jodoh’ kuat pasukan badminton negara dengan Jepun, England

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Choong Hann percaya pasukan negara mampu beri saingan sengit.

PASUKAN badminton negara mempunyai ‘jodoh kuat’ dengan Jepun dan England apabila diundi berada dalam Kumpulan D Piala Sudirman 2021 bermula 26 September hingga 3 Oktober ini di Vantaa, Finland.

Manakala minggu lalu pasukan Piala Thomas negara juga turut diundi berada dalam Kumpulan D bersama Jepun, England dan Kanada berlangsung di Aarhus, Denmark bermula 9 Oktober (lima hari selepas berakhir Piala Thomas/Uber) sehingga 17 Oktober.

Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann percaya pasukan negara mampu memberikan cabaran sengit, khususnya dalam menghadapi Jepun dan England ini.

Malaysia, yang merupakan pilihan kelapan, berdepan saingan hebat apabila diundi dalam Kumpulan D bersama naib juara 2019 Jepun selain England dan Mesir, dalam undian yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.

Melihat Jepun sebagai ancaman terbesar pasukan negara, beliau berkata, persediaan bagi kejohanan tersebut, selain bagi Piala Thomas dan Uber, sudah pun dijalankan dan kini tiba masa untuk pihaknya menilai prestasi para pemain dan memutuskan senarai terakhir pasukan.

“Saya percaya dengan persediaan yang dilakukan, namun, (saya) lebih mengambil berat dalam menentang pasukan England, kami memang berpeluang untuk mengatasi pasukan itu tapi harus fokus dan berwaspada pada waktu yang sama.

“Bagi pasukan Mesir pula, peluang juga ada untuk mengatasi mereka dan dalam masa sama kami juga berpeluang untuk mengetengahkan pemain muda untuk berdepan mereka,” katanya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: