Bola Sepak

Hidalgo dan Yakubu kembali perkuat Tok Gajah


Yakubu (tengah) dijangka membarisi kesebelasan utama pasukan menentang KL City FC, malam ini.KEMBALINYA pemain import Manuel Hidalgo dan Abubakar Yakubu dalam kesebelasan utama menjelang aksi menentang Kuala Lumpur City FC malam ini pastinya memberikan sesuatu yang berbeza buat Sri Pahang FC.

Pengendalinya,  Dollah Salleh menegaskan anak buahnya tidak boleh ulangi kesilapan sama ketika tewas kepada Terengganu FC tempoh hari.

Jelasnya, berdepan Terengganu hari itu dia pelik kenapa pemain-pemain saya tidak beraksi sepertimana yang kita harapkan, tidak macam selalu.

“Harapnya menentang Kuala Lumpur esok akan ada perubahan yang lebih positif dan kemasukan semula Hidalgo, Abubakar Yakubu dalam skuad utama dapat memantapkan lagi pasukan.

“Cuma saya sentiasa ingatkan pemain bahawa sekarang kita tidak boleh lagi selesa sebab hanya beza beberapa mata sahaja dengan pasukan di zon penyingkiran.

“Jadi harapnya kita mampu memang sebab lawan esok juga makin lama makin garang dan lebih konsisten kalau nak dibandingkan dengan Sri Pahang sekarang”, katanya.

Kuala Lumpur ketika ini menghuni tangga keenam Liga Super dengan 24 mata manakala Sri Pahang di kedudukan kesembilan dengan 17 mata.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: