
Oleh: JJFIRDAUS
JOHOR Darul Ta’zim mengeluarkan kenyataan sekaligus menepis spekulasi perpindahan Radamel Falcao dari Galatasaray ke JDT seperti yang dilaporkan sebuah portal di Turki dan juga turut dilaporkan oleh media tempatan.
Menerusi hantaran di laman sosial rasmi kelab, Pengarah Sukan JDT, Martin Prest menegaskan bahawa JDT tidak pernah memberikan sebarang tawaran kepada Falcao dan apa yang dilaporkan adalah sekadar khabar angin.
Selain itu beliau juga berkata bahawa JDT kini bukanlah berada pada kedudukan kewangan terbaik untuk menandatangani pemain bintang antarabangsa dan menumpukan perhatian kepada pembangunan infrastruktur terlebih dahulu.
“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ingin menjelaskan bahawa kelab tidak pernah berhubung dengan Radamel Falcao seperti mana yang dilaporkan oleh media. Berita itu semua adalah khabar angin.
Johor Darul Ta’zim FC (JDT) would like to clarify that contrary to media reports, the club have not made an offer to Radamel Falcao. Such news are purely rumours.
[1/3] pic.twitter.com/KGTBGxLgqNā JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) August 18, 2021
“JDT bukanlah berada dalam kedudukan kewangan yang kukuh untuk menandatangani pemain ‘marquee’ antarabangsa akibat daripada pandemik Covid-19. Kami percaya bahawa kedudukan kewangan kelab akan berada pada tahap lebih baik dalam masa setahun hingga dua tahun untuk mendapatkan pemain seperti itu.
“Kami perlu lebih berhemah dalam perbelanjaan ketika ini dan memberikan lebih perhatian kepada infrastruktur yang mendatangkan pembangunan lebih baik buat kelab”. kata Martin menerusi kenyataan media yang dikeluarkan.”
Belum ada rezeki buat peminat bola sepak tempatan untuk melihat aksi Falcao tetapi mungkin dalam tempoh dua tahun JDT mungkin mampu menandatangani pemain bintang antarabangsa yang lain.
Add Comment