Badminton

Pemain badminton wanita negara Mei Kuan bersara

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

PEMAIN badminton wanita negara, Chow Mei Kuan memutuskan untuk bersara dalam kariernya ini.

Mei Kuan,26, yang bermain dalam acara beregu wanita telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai pemain kepada Persatuan Badminton Malaysia pada Isnin.

Menurut kenyataan BAM, pihaknya telah menerima surat pemakluman tersebut berkuatkuasa 15 September ini.

“Walaupun usaha memujuk pemain ini untuk terus kekal, Mei Kuan sudah membuat keputusan untuk bersara daripada acara sukan.

Mei Kuan dan Meng Yean beraksi di Tokyo 2020.

“Semua di BAM melahirkan penghargaan kepada Mei Kuan di atas sumbangnnya kepada pasukan negara dan berharap dia terus berjaya di masa depan,” jelas satu kenyataan rasmi di Facebook BAM.

Sebagai rekod, Mei Kuan turut beraksi bersama Lee Meng Yean di pentas Sukan Olimpik buat kali pertama di Tokyo 2020 bulan lalu.

Namun nasib tidak menyebelahi pasangan wanita negara apabila terkandas di peringkat kumpulan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: