Badminton

Aaron terima insentif raih gangsa RM53,000

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Aaron (kiri) meraih gangsa dalam aksi beregu di Tokyo. Foto: BAM

PEMAIN badminton negara, Aaron Chia yang menyumbangkan pingat gangsa dalam acara beregu pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 menerima insentif kemenangan berjumlah RM50,000 dari kerajaan negeri Melaka.

Exco NGO, Pembangunan Belia dan Sukan negeri Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata pemberian imbuhan itu diharap dapat menaikkan semangat semua atlet kelahiran Melaka untuk meraih kecemerlangan di peringkat sukan antarabangsa.

“Ini satu kejayaan dan kebangaan bagi kerajaan negeri dan Majlis Sukan Negeri. Di samping RM50,000, kerajaan negeri juga memutuskan memberi RM3,000 lagi sebagai ganjaran pencapaian Aaron menyertai Sukan Olimpik,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian insentif kepada atlet-atlet berkenaan yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam. 

Aaron menerima insentif daripada Kerajaan Negeri Melaka berjumlah RM53,000. Foto: Instagram Aaron

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali. 

Aaron yang bergandingan dengan Soh Wooi Yik meraih pingat gangsa selepas menumpaskan beregu berpengalaman Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 17-21, 21-17, 21-14 dalam perlawanan penentuan pingat gangsa pada Sukan Olimpik Tokyo 2020, baru-baru ini.

Selain Aaron, dua lagi pemain badminton negara berasal dari Melaka iaitu pemain beregu campuran Goh Liu Ying dan pemain beregu wanita Lee Meng Yean, masing-masing menerima sagu hati RM3,000 kerana menyertai temasya sukan berprestij itu.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: