Badminton

Piala Thomas: “Harap semua pemain bersatu hati” – Zii Jia

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Zii Jia kini dalam proses pemulihan selepas aksi Olimpik 2020.

Oleh: SURYATI MOHD NOR

UNDIAN Piala Thomas 2020 yang berlangsung pada Rabu menyaksikan pasukan Malaysia berada dalam Kumpulan D bersama Jepun, Kanada dan England.

Manakala bagi Piala Uber pula menyaksikan pasukan Malaysia juga berada dalam Kumpulan D bersama China, Denmark dan Kanada.

Selepas tertangguh lebih setahun berikutan penularan pandemik Covid-19 tahun lalu, kejohanan Piala Thoma/Uber ini bakal berlangsung di Aarhus, Denmark bermula 9 hingga 17 Oktober ini.

Bagi pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia undian ini dianggap tiada yang luar biasa memandangkan semua pasukan yang berada bersama Malaysia merupakan pasukan pilihan Piala Thomas.

“Saya rasa memang tak kira lawan, Denmark, China, atau Jepun adalah semua sama. Mereka adalah pasukan ‘favourite’ untuk Piala Thomas.

“Bagi saya, pasukan mereka agak ‘complete’ berbanding dengan kita yang rata-rata pemain muda. Purata umur pasukan kita dalam 23-24 tahun,” ujarkan dalam satu rakaman kepada media selepas majlis undian.

Juara Seluruh England 2021 ini mengakui tanggungjawab besar yang akan dipikul di Denmark nanti.

“Ini adalah tanggungjawab besar. Sudah tentu acara perseorangan akan bermain dalam perlawanan pertama. Tetapi ini adalah acara berpasukan, bukannya individu.

“Kali ini mahu atau tidak kena ambil tanggungjawab untuk bawa pasukan Malaysia dan berharap semua rakan sepasukan perlu bersatu hati, jangan harapkan kepada seorang sahaja,” jelas pemain berusia 23 tahun ini.

Dalam pada itu Zii Jia memaklumkan dia masih lagi dalam proses pemulihan selepas kembali dari temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini.

 

“Sudah lama tidak menjalani latihan. Jadi dalam tempoh seminggu dua ini saya masih dalam ‘recovery training’. Selepas itu mungkin latihan seperti biasa akan dijalankan.

“Mungkin juga selepas ini BAM (Persatuan Badminton Malaysia) akan uruskan latihan bersama-bersama kerana ia agak penting bagi ‘team spirit’ untuk kita semua,” tambahnya.

Pada aksi di Tokyo 2020 baru-baru ini, Zii Jia terkandas di pusingan 16 pemain terbaik di tangan pemain China, Chen Long.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: