Bola Sepak

JDT intai Radamel Falcao?


MENURUT  laporan sebuah portal sukan di Turki, Johor Darul Ta’zim (JDT) berminat mahu mendapatkan khidmat bekas bintang Monaco, Manchester United dan Galatasaray Radamel Falcao ke Stadium Sultan Ibrahim.

Portal tersebut turut melaporkan bahawa pemilik JDT, Mejar Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) mahukan perpindahan ini dilakukan sekaligus bakal menjadi perpindahan terbesar dalam Liga Malaysia.

Sekiranya benar dan menjadi kenyataan, ia bukanlah sesuatu yang baharu memandangkan JDT sebelum ini pernah membawa masuk ‘marquee player’ iaitu Daniel Guiza (2012-2013 pinjaman), Simone Del Nero (2013) dan Pablo Aimar (2013-14) ke Johor Bahru.


Add Comment

Click here to post a comment