
PENAMPILAN semula Brentford dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2021/22 dalam tempoh 74 tahun dihiasi dengan kemenangan 2-0 mengatasi Arsenal pada aksi di Stadium Brentford Community, awal pagi tadi.
Dua gol yang dihasilkan Sergi Canos pada minit ke-22 dan Christian Norgaard (m-73) memastikan kira-kira 17,000 penyokong tuan rumah merasai kemenangan penuh bermakna buat mereka semua.
Bagi pengendali Bees, Thomas Frank, ini merupakan aksi pertama mereka di liga utama dan meraih kemenangan.
“”Suasana menakjubkan, kami akan meraikan setiap kemenangan, tapi kami mahu lagi,” tegasnya.





Add Comment